Thursday, April 27, 2017

♥ Impiana Hotel, Penginapan Sempurna Di Ipoh ♥

Assalamualaikum..


IMPIANA HOTEL, PENGINAPAN SEMPURNA DI IPOH | Korang nak cari tempat percutian yang menarik? Korang boleh pegi ke Ipoh, Perak.. Sape cakap Ipoh tak best? Dulu Ipoh memang dipandang sepi.. Ramai yang cakap Ipoh bukan lah bandar pelancongan seperti Georgetown dan Melaka, tapi sekarang Ipoh tersenarai antara 10 bandar yang perlu dilawati di Asia menurut penerbit buku panduan pelancongan, Lonely Planet.. Terbaik laa Ipoh!


Dah sampai Ipoh, mesti nak cari tempat penginapan kan? Tempat penginapan yang e'in nak cadangkan kat korang ialah Impiana Hotel Ipoh.. Dulu hotel nie dikenali sebagai Casuarina Hotel Ipoh.. Terletak kat tengah-tengah bandaraya Ipoh dan terdapat jugak tempat-tempat yang menarik di sekitar Bandar Ipoh.. Hotel nie bertaraf 4 bintang dan penginapan yang disediakan dari ekonomi sehingga mewah.. Hotel nie jugak menyediakan 200 bilik untuk para pengunjung yang ingin bermalam di sini.. Pemandangan dari hotel nie memang cantik okay korang., Tetamu boleh lihat keindahan bukit-bukit Batu Kapur yang berdekatan dengan kawasan hotel..




Antara jenis bilik yang disediakan oleh pihak hotel ialah Deluxe Room.. Bilik nie sesuai untuk dua dan tiga orang tetamu.. Manakala Club Room saiznye lebih besar sikit berbanding Deluxe Room.. Kuantiti tetamu untuk bilik nie still dua dan tiga orang tetamu.. Bagi korang yang inginkan bilik serba mewah boleh menginap di Suite Room.. Pemandangan yang cantik dari dalam bilik.. Keluasan bilik jugak amat memuaskan.. Royal Suite pulak lebih mewah dari Suite Room.. Bilik nie dilengkapi dengan perabot yang mewah dan moden.. Dari bilik hotel, tetamu boleh lihat pemandangan yang sangat cantik.. Keluasan bilik sesuai untuk lapan orang.. Rata-rata kemudahan di dalam bilik hotel adalah same.. Cume Royal Suite je yang ade Jacuzzi di dalam bilik air..


Deluxe Room.. Salah satu bilik di Impiana Hotel, Ipoh..


Pihak hotel jugak Menyediakan pelbagai jenis kemudahan lain bagi tetamu yang menginap di sini.. Antaranye ialah wifi percuma, kedai runcit, dobi, kawasan letak keta, minuman harian percuma, dewan seminar dan majlis perkahwinan, perkhidmatan penghantaran ke lapangan terbang, restoran dan banyak lagi..


Salah satu bilik seminar di Impiana Hotel, Ipoh..


Kat sini korang tak payah risau kalau korang lapar tengah malam.. Tetamu tak perlu susah-susah nak keluar cari makanan.. Kat hotel nie ade 4 buah restoran yang menyediakan pelbagai jenis makanan dari barat dan asia.. Antaranye ialah The Coffee House.. Restoran nie terletak di lobby hotel dan di buka setiap hari bermula jam 6 pagi sehingga 2 pagi.. Tiap hari tema masakan berlainan okay korang.. Restoran The Bistro pula bertemakan makanan barat..  Dibuka setiap hari dari jam 5 petang hingga 1 pagi.. Hujung minggu saje dibuka sehingga jam 2 pagi.. The Bistro nie terletak di bawah lobby hotel.. Ketiga iala The Club Lounge yang terletak di aras Mezzanine.. Waktu operasi adalah dari jam 6 pagi hingga 10 malam.. Yang terakhir ialah The Deli.. Kat sini pihak restoran menyediakan menu yang lebih santai di mana pengunjung boleh berborak bersama keluarga atau rakan-rakan sambil menikmati makanan yang ringkas dan ringan.. Waktu operasi dari jam 10 pagi hingga 10 malam..


The Coffee House..


Mengenai tempat tarikan pelancongan di Ipoh pulak ialah Istana Kellie, Lost World Of Tambun dan Ipoh Railway Station.. Lost World Of Tambun terbahagi kepada beberape bahagian. Lost World Water Park, Lost World Amusement Park, Lost World Petty Zoo, Lost World Tiger Valley, Lost World Tin Valley dan Lost World Adventure Park.. Taman tema nie sememangnye sesuai untuk korang bawak keluarga terutamanye kanak-kanak untuk bercuti..


Lost World Of Tambun..


Istana Kellie atau Kellie's Castle ialah sebuah istana kota yang terletak di tepi jalan Simpang Pulai ke Batu Gajah, Negeri Perak.. Bangunan tiga tingkat nie direka bentuk seperti sebuah istana Moghul di bandar Agra, India.. Yang menariknye, orang-orang yang membina bangunan tersebut dibawa khas dari Madras.. Kat sini terdapat sebuah jambatan menyeberangi Sungai Kinta yang dibina agar mudah ke Istana Kellie.. Istana Kellie sering menjadi lokasi penggambaran drama dan filem.. Antaranye ialah filem Anna And The King.. Datang sane wajib amek gambar okay!


Istana Kellie..


Kalau dah datang bercuti mesti nak cari dan cube makanan-makanan yang sedap di negeri Perak.. Tak gitu? Antara makanan yang wajib anda cube ialah mee udang sempoi diraja.. Jalan-Jalan Cari Makan TV3 pun penah terjah ke sini taw.. Selain mee udang, antara menu menarik kat situ ialah lobster bakar telur masin, ketam masak telur masin, mee ketam nipah dan mee udang laut.. Time menaip nie pun dah terliur, ape tah lagi kalau depan mata.. Wajib pegi dan cube!


Terliur ke idok?


Ipoh bestkan? Actually banyak lagi tempat penginapan dan tempat tarikan pelancong dan makanan-makanan yang sedap di Ipoh.. Lain kali e'in share dengan korang.. Korang yang teringin nak menginap di hotel nie, cepat book Impiana Hotel Ipoh on Traveloka dengan segera!! Bye..

36 comments:

  1. Memang best. LeYa pun dah lama tak ke sana.. Okay jugak ni kalau jalan2 dengan suami ke Ipoh

    ReplyDelete
  2. Best jugak hotel ni.. selesa...

    ReplyDelete
  3. kalu selesa bersih dan lokasi pn strategik, isnya allah kalu ke ipoh pasti sy akan plh hotel ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. pasti anies.. kena try stay sini..

      Delete
  4. kalau balik Ipoh memang tidur rumah mertua je, tapi memang belum habis teroka tempat2 menarik Ipoh.

    ReplyDelete
  5. Uishhhhh memang best la hotel tu! macam cantik ja biliknya lepastu senang boleh jalan2 tempat menarik dekat ipoh kan.

    ReplyDelete
  6. Amboi! Wahh.. seronoknya.. cantik je hotel n nampak selesa je kan. lobster tu kompom terliur. hihi

    ReplyDelete
  7. cntiknya hotel tu kak... bestnya dpt jalan2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantikkkkkkkkk sgt busyra.. :)

      Delete
  8. Masa pegi ipoh, lalu je dekat Kellie's Castle tu. Psst, orang kata kat sana berhantu. Haha :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hakhak.. biase laa tu bangunan lame.. :p

      Delete
  9. pehhh. terliurnyaaaaaa ngn mee tuuu. wuuuu

    ReplyDelete
  10. Selalu gi Ipoh kalau hantar anak tp tak pernahlah pulak stay kat hotel ni..
    Berapa rate dia Ein

    ReplyDelete
  11. wah menarik.sedia pitih ja byk2 utk bercuti di ipoh

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul! kat Ipoh banyak tempat menarik sebenarnye..

      Delete
  12. Qbal orang Perak tapi tak pernah pegi Kellie castel😂😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamakkkkk.. nape tak penah pegi tu?

      Delete
  13. Ipoh byk tmpt best. Haritu g masa mber kawen n tak sempat nk explore tmpt2nya. Next time kalo ada rzki leh stay hotel sini. Thanks sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup awak.. kena cari masa betul-betul tu.. hihi

      Delete
  14. dok hotel ceni mmg seronok la bila merasa nak pamper diri habis habisan. rindu kellia castle and seyes, jalan-jalan kat ipoh mmg seronok. tambah-tambah lagi saya mmg suka tengok bangunan lama nii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul awak.. rewards untuk diri..

      Delete
  15. impiana best.. makanan pun sedap2. merasa la masuk kejap masa study ipoh dulu. heee

    ReplyDelete
  16. negeri akak Ipoh ni. tapi kalau dah balik. confirm takkan tido hotel nya hihihi. good luck dik :)

    ReplyDelete
  17. Teringin jgk nak cuti2 malaysia kt negeri perak..

    ReplyDelete
  18. Lost word tu...ai macam ter ber kenan pulak...gahahaha

    ReplyDelete

jangan komen macam-macam haa.. babap nanti! ^_^v

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI