Wednesday, September 12, 2018

♥ Al-Mizan Satay House - Bukan Sekadar Satay ♥

Assalamualaikum..


AL-MIZAN SATAY HOUSE - BUKAN SEKADAR SATAY | Kadang-kadang rase bersalah laa. Nak update blog ke tak. Nak update ke tak. Hahaha. Sebab tu dah lame tak sentuh blog nie.


Kalau korang perasan tajuk entry kali nie, 'Bukan Sekadar Satay' ape tu kan? Untuk orang yang tak pernah singgah makan kat sini mesti ingat kedai nie hanye jual satay je kan? Salah tau sebab kat sini ade pelbagai lagi makanan lain yang sedap-sedap!




Isnin minggu lepas baru e'in berkesempatan untuk datang ke Al-Mizan nie selepas mendapat invitation dari Marketing Executive mereka sendiri iaitu Aisyah. 


Untuk pengetahuan korang, Al-Mizan Satay House nie dah beroperasi selama lebih dari 5 tahun. Mempunyai 2 cawangan dan akan buka cawangan ketiga mereka pada bulan 11 akan datang. 






Haa nie laa yang e'in cakap tu. Bukan sekadar satay. Banyak pilihan makanan kan? Harga semua berpatutan. 



Nie antara makanan yang e'in makan haritu. Nasi Goreng Gunung Berapi, Al-Mizan Hot Plate Noodle, Sagoo Gula Melaka, Soda Cocktail dan Bandung Gold. Ya ampunnnnn semua sedap sangat okay. Serius tak tipu. Dah laa portion banyak. Nak-nak hot plate tu, penuhhhhhh seafood uolls. 


Eh, kitorang ade makan satay tapi tak sempat pun nak amek gambar sebab ecad dah bedal dulu. Hihi. Daging satay yang lembut sangat-sangat dan kuah yang sangat pekat. 


Haaaa nie laa budak hantu satay tu yang dah bedal satay banyak. Hihi.




Kalau korang tak tahu nak makan ape time lunch hour, korang boleh cuba menu-menu kat Al-Mizan nie sebab memang dorang ade buat delivery pun. Hihi.






Al-Mizan Satay House 
No. 17, Off Jalan Hujung, 
Kampung Melayu Majidee, 
81100 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi 
Isnin-Ahad: 12.00pm-12.00am
(Tutup hari Khamis) 

8 comments:

  1. sukanya kedai makan macam ni! cantik pulak tu. tapi jauh pulak nak pergi ahaha

    ReplyDelete
  2. Siap ada delivery ke?
    Boleh hantar Seremban ke hiks!

    ReplyDelete
  3. Makanan nampak menarik tapi jauhnya.. Q_Q

    ReplyDelete
  4. tak banyak kedai satay yg buat style macam ni. sedap nya lah kalau dapat jumpa.

    ReplyDelete
  5. nnti dtg jb boleh singgah kedai ni..

    ReplyDelete
  6. bagus tempat tuk persinggahan nanti. Tengok makanan kat dalam gambar tu pun da boleh saya lapar. Huaaa

    ReplyDelete
  7. kenapa laa x de branch kat sini sob sob... asik2 sate hj samuri asik2 sate kajang ;-)

    ReplyDelete
  8. Sebut pasal satay ni..aku teringat satay di Simpang Renggam.Nama dia Satay Jamal.Satay dia sedap dan aku sangat suka.Suka sebab kawan aku belanja.Dia berani belanja sebab ayah dia punya satay..huhu

    ReplyDelete

jangan komen macam-macam haa.. babap nanti! ^_^v

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI