Monday, July 10, 2017

♥ Resepi Ikan Bawal Masam Manis ♥

Assalamualaikum..


RESEPI IKAN BAWAL MASAM MANIS | Rase macam teringin nak share resepi pulak laa kali nie.. Senang je resepi nie.. Cepat pun ye jugak.. Haritu tekak macam teringin sangat nak makan.. Tu yang buat tu.. Jom jengah care-carenye..




Bahan-Bahan:

1. 1 ekor ikan bawal

2. 1 sudu besar serbuk kunyit - digaul dengan ikan

3. Secubit garam - digaul dengan ikan

4. 1 biji bawang besar - dihiris

5. 1/2 inci halis - dihiris

6. 2 ulas bawang putih - dihiris

7. 1 biji tomato - potong dadu kecik-kecik

8. Timun - potong dadu kecik-kecik

9. 1 biji lada merah - belah dua, buang biji, dan potong dadu kecik-kecik

10. 1 sudu besar cili kisar

11. 3 sudu besar sos cili

12. 2 sudu besar sos tomato

13. Garam secukup rase


Cara-Cara:

1. Gaul ikan bawal dengan serbuk kunyit dan garam, goreng hingga masak dan ketepikan

2. Tumis bawang putih dan halia hingga wangi, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing

3. Masukkan sos cili dan sos tomato, kacau rata dan tuang sedikit air.. Kacau dan biar mendidih

4. Akir sekali masukkan tomato, timun, lada merah, bawang besar.. Kacau rata dan biarkan sampai pekat sikit.. Siap untuk dihidangkan!


P/s: Oh ye, e'in menang haritu giveaway dari Elsa.. Alhamdulillah.. :)

53 comments:

  1. kalau nak tukar pakai siakap pun boleh kan. tapi bawal pun sedap jugak. both fav. ghehehehe

    tahniahh menang giveawayy

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. mane-mane ikan boleh.. memang sedap.. hihi

      Delete
  2. Sedap ikan bawal ni... lapar pulak tengok ikan tu... huhu

    ReplyDelete
  3. Tq for sharing. Sy suka tengok picture masakan ni.

    ReplyDelete
  4. Nyumm nyumm sedapnya ikat bawal tu e'in.. Bak sikit.. lea nak buat sangatlah malas.. hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaa.. dah lesap dalam perut laa lea.. hihi

      Delete
  5. alahaiii sedapnya.. ikan bawal la fevret busyraaa. hehe

    ReplyDelete
  6. Tengok pun sedap. Anyways, congrats sis E'in menang giveaway.

    ReplyDelete
  7. Aiseyh....sedapnya ikan ni....teringin la pulak

    ReplyDelete
  8. Semoga perkongsian ini meraih pahala yg berpanjangan E'in. Oh ye congrats menang giveaway.

    ReplyDelete
  9. Nampak menarik tu Ein....lama tak beli ikan bawal hitam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah boleh pegi beli kejap lagi kak.. hihi

      Delete

  10. Sedapnyaa. teringin nak rasa. lagi2 yang masam masam manis ni. my fave

    ReplyDelete
    Replies
    1. teringin nak rase? mai jb inform e'in.. nanti e'in masakkan.. hihi

      Delete
  11. Siqah suka menu ni tapi kan tak pernah masak sendiri. Biasa order kat kedai je. Maybe boleh cuba pasni. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena cube siqah.. puas makan kalau masak sendiri.. hihi

      Delete
  12. Alamak sedapnya memjejes air liur

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamakkkk jangan sampai menjejes kak.. hihi

      Delete
  13. pergh tgh2 hari layan bawal best jgk...tertido kat masjid macam gini

    ReplyDelete
  14. Senang je kan buat ni. Ikan bawal kena goreng garing2 baru umph.

    ReplyDelete
  15. wahhhh. sedapppppnyaaaa kak. lauk fav kitewww nihh ><

    ReplyDelete
  16. lama xmkn hehehe teringin pulak 😄😄

    ReplyDelete
  17. Nampak menyelerakan sungguh!!
    Selain ikan kembong, ikan bawal pun favorite Mrs.A juga sebab daging dia banyak puas makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Mrs.A.. buat sendiri lagi puas makan kan..

      Delete
  18. Sedapnya. Tgk gambar terus rasa nak buat. Thanks ein for sharing recipe

    ReplyDelete
  19. Ein
    Satu biji lada merah tu cukup ke? Nant tak terasa lada. Sorrrry lah, saya ni memang kuat berpedas.

    ReplyDelete
  20. Resepi ini boleh dipelbagaikan juga kannn E'in..
    Boleh guna ikan lain selain ikan bawal..
    Best akak suka resepi camni, simple dan sedap..
    Thanks for sharing..

    ReplyDelete
  21. sedapnya...sy ni apa shj resepi ada ikan bawal semua sy balun hahaha

    ReplyDelete
  22. Resepi macam senang... Boleh cuba ni... Tengok gambar pun dah terliur...

    ReplyDelete

jangan komen macam-macam haa.. babap nanti! ^_^v

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI