Thursday, April 27, 2017

♥ Impiana Hotel, Penginapan Sempurna Di Ipoh ♥

Assalamualaikum..


IMPIANA HOTEL, PENGINAPAN SEMPURNA DI IPOH | Korang nak cari tempat percutian yang menarik? Korang boleh pegi ke Ipoh, Perak.. Sape cakap Ipoh tak best? Dulu Ipoh memang dipandang sepi.. Ramai yang cakap Ipoh bukan lah bandar pelancongan seperti Georgetown dan Melaka, tapi sekarang Ipoh tersenarai antara 10 bandar yang perlu dilawati di Asia menurut penerbit buku panduan pelancongan, Lonely Planet.. Terbaik laa Ipoh!


Dah sampai Ipoh, mesti nak cari tempat penginapan kan? Tempat penginapan yang e'in nak cadangkan kat korang ialah Impiana Hotel Ipoh.. Dulu hotel nie dikenali sebagai Casuarina Hotel Ipoh.. Terletak kat tengah-tengah bandaraya Ipoh dan terdapat jugak tempat-tempat yang menarik di sekitar Bandar Ipoh.. Hotel nie bertaraf 4 bintang dan penginapan yang disediakan dari ekonomi sehingga mewah.. Hotel nie jugak menyediakan 200 bilik untuk para pengunjung yang ingin bermalam di sini.. Pemandangan dari hotel nie memang cantik okay korang., Tetamu boleh lihat keindahan bukit-bukit Batu Kapur yang berdekatan dengan kawasan hotel..




Antara jenis bilik yang disediakan oleh pihak hotel ialah Deluxe Room.. Bilik nie sesuai untuk dua dan tiga orang tetamu.. Manakala Club Room saiznye lebih besar sikit berbanding Deluxe Room.. Kuantiti tetamu untuk bilik nie still dua dan tiga orang tetamu.. Bagi korang yang inginkan bilik serba mewah boleh menginap di Suite Room.. Pemandangan yang cantik dari dalam bilik.. Keluasan bilik jugak amat memuaskan.. Royal Suite pulak lebih mewah dari Suite Room.. Bilik nie dilengkapi dengan perabot yang mewah dan moden.. Dari bilik hotel, tetamu boleh lihat pemandangan yang sangat cantik.. Keluasan bilik sesuai untuk lapan orang.. Rata-rata kemudahan di dalam bilik hotel adalah same.. Cume Royal Suite je yang ade Jacuzzi di dalam bilik air..


Deluxe Room.. Salah satu bilik di Impiana Hotel, Ipoh..


Pihak hotel jugak Menyediakan pelbagai jenis kemudahan lain bagi tetamu yang menginap di sini.. Antaranye ialah wifi percuma, kedai runcit, dobi, kawasan letak keta, minuman harian percuma, dewan seminar dan majlis perkahwinan, perkhidmatan penghantaran ke lapangan terbang, restoran dan banyak lagi..


Salah satu bilik seminar di Impiana Hotel, Ipoh..


Kat sini korang tak payah risau kalau korang lapar tengah malam.. Tetamu tak perlu susah-susah nak keluar cari makanan.. Kat hotel nie ade 4 buah restoran yang menyediakan pelbagai jenis makanan dari barat dan asia.. Antaranye ialah The Coffee House.. Restoran nie terletak di lobby hotel dan di buka setiap hari bermula jam 6 pagi sehingga 2 pagi.. Tiap hari tema masakan berlainan okay korang.. Restoran The Bistro pula bertemakan makanan barat..  Dibuka setiap hari dari jam 5 petang hingga 1 pagi.. Hujung minggu saje dibuka sehingga jam 2 pagi.. The Bistro nie terletak di bawah lobby hotel.. Ketiga iala The Club Lounge yang terletak di aras Mezzanine.. Waktu operasi adalah dari jam 6 pagi hingga 10 malam.. Yang terakhir ialah The Deli.. Kat sini pihak restoran menyediakan menu yang lebih santai di mana pengunjung boleh berborak bersama keluarga atau rakan-rakan sambil menikmati makanan yang ringkas dan ringan.. Waktu operasi dari jam 10 pagi hingga 10 malam..


The Coffee House..


Mengenai tempat tarikan pelancongan di Ipoh pulak ialah Istana Kellie, Lost World Of Tambun dan Ipoh Railway Station.. Lost World Of Tambun terbahagi kepada beberape bahagian. Lost World Water Park, Lost World Amusement Park, Lost World Petty Zoo, Lost World Tiger Valley, Lost World Tin Valley dan Lost World Adventure Park.. Taman tema nie sememangnye sesuai untuk korang bawak keluarga terutamanye kanak-kanak untuk bercuti..


Lost World Of Tambun..


Istana Kellie atau Kellie's Castle ialah sebuah istana kota yang terletak di tepi jalan Simpang Pulai ke Batu Gajah, Negeri Perak.. Bangunan tiga tingkat nie direka bentuk seperti sebuah istana Moghul di bandar Agra, India.. Yang menariknye, orang-orang yang membina bangunan tersebut dibawa khas dari Madras.. Kat sini terdapat sebuah jambatan menyeberangi Sungai Kinta yang dibina agar mudah ke Istana Kellie.. Istana Kellie sering menjadi lokasi penggambaran drama dan filem.. Antaranye ialah filem Anna And The King.. Datang sane wajib amek gambar okay!


Istana Kellie..


Kalau dah datang bercuti mesti nak cari dan cube makanan-makanan yang sedap di negeri Perak.. Tak gitu? Antara makanan yang wajib anda cube ialah mee udang sempoi diraja.. Jalan-Jalan Cari Makan TV3 pun penah terjah ke sini taw.. Selain mee udang, antara menu menarik kat situ ialah lobster bakar telur masin, ketam masak telur masin, mee ketam nipah dan mee udang laut.. Time menaip nie pun dah terliur, ape tah lagi kalau depan mata.. Wajib pegi dan cube!


Terliur ke idok?


Ipoh bestkan? Actually banyak lagi tempat penginapan dan tempat tarikan pelancong dan makanan-makanan yang sedap di Ipoh.. Lain kali e'in share dengan korang.. Korang yang teringin nak menginap di hotel nie, cepat book Impiana Hotel Ipoh on Traveloka dengan segera!! Bye..

Tuesday, April 25, 2017

♥ Segmen: Seorang Syed Nak Bloglist! ♥

Assalamualaikum..


SEGMEN: SEORANG SYED NAK BLOGLIST! | Last week entry e'in merepek kan.. So sorang blogger nie invite e'in untuk join segmen die.. So tanpa perlu berfikir panjang (cewahhhh) e'in nak join jugak laa segmen die.. hihi..


Syarat-syarat untuk sertai segmen "Seorang Syed Nak Bloglist!"

1. Anda haruslah mempunyai blog yang aktif - Aktif laa kot

2. Follow blog Seorang Syed - Done

3. Follow Google+ Seorang Syed - Done

4. Buat satu entry di blog anda bertajuk: "Segmen: Seorang Syed Nak Bloglist!" - Done

5. Nyatakan kenapa anda mahu berada di dalam Bloglist Seorang Syed dan tulis short review tentang blog Seorang Syed
- E'in nak blog e'in ade dalam Bloglist Seorang Syed sebab tak nak bagi syed selfish sensorang.. Haha.. Selain tu nak berkenalan dengan blogger lain dan merapatkan silaturrahim..
- Short review: Blog seorang bakal cikgu yang sangat best.. Penulisan yang bak karangan tapi penuh input.. Kipidap cikgu! Dan yang paling penting! Boleh dibawak gurau.. Hihi..

6. Letak banner segmen




Okay done! Syed, e'in dah join taw!

Monday, April 17, 2017

♥ Monday Blues ♥

Assalamualaikum..


MONDAY BLUES | Asal hari isnin je lemau.. Asal hari isnin je malas nak bangun pegi keja.. Asal hari isnin je malas nak buat tu.. Asal hari isnin je malas nak buat nie.. Eh sume malas bile hari isnin.. Alaaaaaaa e'in nie kalau bukan hari isnin pun memang malas sentiasa! HAHAHAHAHA!


Nape laaaaa kejap je hari isnin.. Nape laaaaaaaaaa lambat benau nak hari sabtu/ahad.. Hailaaaaaaa..


Sebenarnye e'in tak tahu nak update ape kali nie.. Sebab tu merepek meraban macam nie.. Haha..


Kasi tepek gambar monday blues sekeping.. Sekeping hati di bawa berlari.. Jauh melalui jalan nan sepi.. Merepek lagi.. Hmmmmmmmm..


Harap-harap next entry e'in dah ade modal nak cite ape.. Tolong laaaaaaaaaaa jangan merepek lagi macam nie..

Monday, April 10, 2017

♥ Resepi Ayam Paprik Mudah ♥

Assalamualaikum..


RESEPI AYAM PAPRIK MUDAH | Hari nie e'in nak kongsi resepi lagi, memandangkan sekarang nie selera and nafsu makan kemain lagi.. Huhu.. Sebelum nie kalau e'in kongsi rezeki, e'in tak letak sukatan sebab kalau masak memang tak pandai nak suka-sukat nie, main campak aje sume bahan.. Maaf ye.. Huhu..


So hari nie, e'in try letak sukatan sekali.. Nie untuk 2 orang makan taw..





Bahan-Bahan:

1. 1 mangkuk kecil isi ayam - dipotong kecil

2. 1 ulang bawang putih - dikisar/ditumbuk

3. 1/2 labu bawang besar - dikisar/ditumbuk

4. 1 sudu besar cili kisar

5. 2 sudu besar sos tiram

6. Sayur (lobak merah, kacang panjang, baby corn dan bunga kobis)

7. 1/2 labu bawang besar - dihiris

8. 2 batang cili padi - dihiris (kalau nak pedas lagi, boleh tambah)

9. Garam

10. Minyak masak untuk menumis

11. 2 helai daun limau purut


Cara-Cara:

1. Panaskan minyak didalam kuali

2. Tumiskan cili kisar, bawang putih dan bawang besar yang dah dikisar

3. Masukkan ayam, sos tiram, sedikit air dan kacau rata

4. Tutup kuali untuk masak ayam sehingga empuk

5. Bila ayam dah empuk, masukkan sayur, cili padi, garam dan ajinomoto

6. Masukkan air sikit lagi kalau nak berkuah

7. Tutup periuk sekejap je untuk bagi sayur empuk

8. Siap untuk dihidangkan!


Selamat mencuba korang.. :)


P/s: Kekadang e'in buntu nak masak ape kat rumah.. Jom korang share resepi yang selalu korang masak kat rumah..

Monday, April 3, 2017

♥ Blog List Updated ♥

Assalamualaikum..


BLOG LIST UPDATED | Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi dapt lagi kite berkumpul dan memeriahkan lagi majlis kite hari nie.. Ewah kemahin mukadimah! Majlis ape e'in oiii.. Hahahaha.. Bile dah monday blues memang gini laa gamaknye..


Akhirnye! Setelah menempuh segala cabaran dan jugak rintangan, impian, angan-angan dan jugak cita-cita, (HAHAHAHA!!) e'in dah berjaya update blog list! Yeayyy!!






Sila semak samade blog korang tersenarai ke tak.. Muahahaha.. Hopefully lepas nie, e'in takde lagi tertinggal nak terjah blog sape..


Adios!
 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI