Thursday, November 1, 2018

❤️ Dapo Leko - Keropok Ori Ganu ❤️

Assalamualaikum..


DAPO LEKO - KEROPOK ORI GANU | Ade peminat keropok lekor tak kat sini? Cer angkattttttt kopok! Hahahahaha.


Alhamdulillah untuk bisnes yang e'in dengan asben ceburi buat mase nie. Yup, betul. Keropok lekor. Kitorang buat sendiri kat Jb dan jual kat Jb. Bukan amek stok dari supplier dan jual kat Jb. Tak tak tak. Kitorang buat sendiri ye.


Ade orang ingat e'in atau asben ade family kat Terengganu. Eh tak laa. Kitorang berdua orang JB. Hihi. Ape yang specialnye dengan kopok lekor kitorang? Kitorang menggunakan ikan tamban, konfem makan takde tulang, goreng tak meletup, yang paling penting, lembut dan crispy. Tak caye? Kalau tak caye kena laa try.







Nie antara produk yang ade. Atau korang boleh lawati page Dapo Leko :


Facebook
http://facebook.com/dapoleko


Instagram
http://instagram.com/dapoleko


Kalau ade kawan-kawan blogger yang nak rase kopok lekkr dari Dapo Leko nie, boleh contact e'in okay!

Wednesday, September 12, 2018

♥ Al-Mizan Satay House - Bukan Sekadar Satay ♥

Assalamualaikum..


AL-MIZAN SATAY HOUSE - BUKAN SEKADAR SATAY | Kadang-kadang rase bersalah laa. Nak update blog ke tak. Nak update ke tak. Hahaha. Sebab tu dah lame tak sentuh blog nie.


Kalau korang perasan tajuk entry kali nie, 'Bukan Sekadar Satay' ape tu kan? Untuk orang yang tak pernah singgah makan kat sini mesti ingat kedai nie hanye jual satay je kan? Salah tau sebab kat sini ade pelbagai lagi makanan lain yang sedap-sedap!




Isnin minggu lepas baru e'in berkesempatan untuk datang ke Al-Mizan nie selepas mendapat invitation dari Marketing Executive mereka sendiri iaitu Aisyah. 


Untuk pengetahuan korang, Al-Mizan Satay House nie dah beroperasi selama lebih dari 5 tahun. Mempunyai 2 cawangan dan akan buka cawangan ketiga mereka pada bulan 11 akan datang. 






Haa nie laa yang e'in cakap tu. Bukan sekadar satay. Banyak pilihan makanan kan? Harga semua berpatutan. 



Nie antara makanan yang e'in makan haritu. Nasi Goreng Gunung Berapi, Al-Mizan Hot Plate Noodle, Sagoo Gula Melaka, Soda Cocktail dan Bandung Gold. Ya ampunnnnn semua sedap sangat okay. Serius tak tipu. Dah laa portion banyak. Nak-nak hot plate tu, penuhhhhhh seafood uolls. 


Eh, kitorang ade makan satay tapi tak sempat pun nak amek gambar sebab ecad dah bedal dulu. Hihi. Daging satay yang lembut sangat-sangat dan kuah yang sangat pekat. 


Haaaa nie laa budak hantu satay tu yang dah bedal satay banyak. Hihi.




Kalau korang tak tahu nak makan ape time lunch hour, korang boleh cuba menu-menu kat Al-Mizan nie sebab memang dorang ade buat delivery pun. Hihi.






Al-Mizan Satay House 
No. 17, Off Jalan Hujung, 
Kampung Melayu Majidee, 
81100 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi 
Isnin-Ahad: 12.00pm-12.00am
(Tutup hari Khamis) 
 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI